Sabtu, 04 Mei 2013

SUNNAH RASUL KETIKA GERHANA

Amalan Sunat Semasa Gerhana:
Menerusi sekian banyak hadis berkaitan gerhana, terdapat beberapa perkara sunat yang dianjurkan supaya dilakukan semasa kejadian gerhana. Di antaranya ialah:


Solat dan berdoa:
Rasulullah S.A.W bersabda: “Apabila kamu melihat kedua-duanya (gerhana matahari dan bulan), maka dirikanlah solat dan berdoalah sehingga dihapuskan apa yang kamu hadapi”.

Berzikir dan beristighfar:
Abu Musa berkata: “Telah berlaku gerhana matahari. Maka Rasulullah S.A.W berdiri dalam keadaan cemas kerana bimbang akan berlaku Kiamat. Lalu Baginda S.A.W tergesa-gesa pergi ke masjid dan solat dengan berdiri yang terlalu panjang serta rukuk dan sujud yang panjang, yang tidak pernah aku lihat Baginda S.A.W melakukan seperti itu.

Berdoa mohon perlindungan daripada azab kubur:
Diriwayatkan oleh Aisyah ra: “Setelah Nabi S.A.W selesai menyampaikan khutbah gerhana matahari, maka Baginda S.A.W memerintahkan para sahabat supaya memohon perlindungan dari azab kubur.”

Bersedekah:
Sabda Rasulullah S.A.W: “Apabila kalian melihat gerhana, maka hendaklah kalian berdoa kepada Allah, mengerjakan solat dan bersedekah.”

Memerdekakan hamba:
Asma’ ra berkata: “Sesungguhnya Nabi S.A.W menyuruh memerdekakan hamba ketika berlaku gerhana matahari.“ Dalam satu riwayat: “Gerhana bulan.”
Inilah sunnah Baginda S.A.W ketika berlakunya peristiwa gerhana bulan atau matahari.

0 komentar:

Posting Komentar